Saturday, June 18, 2011

Lapangan Baru Muafah Trading

Assalamualaikum wbt.

Agak lama tidak kemaskini blog ini. Setelah berkerja di kilang, sangat jarang masa di luangkan untuk akses internet, tambahan pula tiada akses internet di kilang (hanya orang tertentu sahaja yang dapat akses).

Baru-baru ini, kenalan di UMP menghubungi saya untuk meminta bantuan dan pandangan mengenai projek kajian kumpulannya. Saya pernah berkongsi pengalaman bersama kumpulan kajian beliau mengenai teknologi Single Board Computer (SBC). Di samping itu, pembangunan projek menggunakan platform SBC ini pula diajarkan dengan aplikasi OS Linux.


Kursus tersebut membangkitkan motivasi saya untuk berkongsi dengan orang lain ilmu dan pengalaman yang saya ketahui. Tidak rugi untuk berkongsi ilmu, bahkan sangat gembira apabila orang lain mendapat manfaat.


Untuk meneruskan agenda perkongsian ini, saya menggunakan platform rasmi melalui Muafah Trading ingin berkongsi dengan masyarakat diluar sana yang berminat untuk menggunakan alternatif kepada Windows iaitu Linux, serta teknologi papan pemprosesan kecil, SBC.

Kursus yang ditawarkan.

1. Introduction to Linux Operating System (based on Ubuntu Linux).
Pengenalan Sistem Pengoperasian Linux (menggunakan Ubuntu Linux).

2. Single Board Computer Training.
Kursus Single Board Computer.

InsyaAllah, maklumat lanjut mengenai kursus yang di tawarkan oleh Muafah Trading akan dikongsikan di laman ini. Semoga perkongsian ini membawa manfaat bersama.

No comments:

Post a Comment