Tuesday, June 23, 2009

EKM – Semua ada di sini

Apa yang anak anda perlu tahu ada di dalam buku ini.

Bahan-bahan di dalam Ensiklopedia Kanak-Kanak Muslim (EKM) ini disusun untuk memberikan asas-asas ilmu kepada kanak-kanak.

Penyusunan dan klasifikasi kandungan dirancang dengan teliti supaya dapat meningkatkan kemampuan kanak-kanak dalam menyerap pengetahuan yang diperoleh.

EKM mengandungi 15 jilid buku yang menghimpunkan pelbagai bahan dalam 15 tema yang besar. Tema-tema ini dikategorikan kepada beberapa skop iaitu mikro kosmos, eksosistem dan makro kosmos.


Jilid satu menampilkan asas agama Islam sebagai panduan hidup.

Dalam kategori mikro kosmos, tema-tema yang disetuh ialah berkaitan dengan diri manusia. Tema-tema tersebut ialah tubuhku, malaysiaku, masyrakat dan bangsa, tokoh, sejarah dan seni.

Tema-tema yang menyentuh mengenai alam sekeliling dimasukkan dalam kategori ekosistem dengan tema dunia haiwan dan mamalia, burung dan serangga, ikan, reptilia dan amfibia serta tumbuh-tumbuhan.

Tema yang lebih luas juga dimasukkan iaitu dalam kategori makro kosmos dengan tema bumi kita, alam semesta, sains dan teknologi.


No comments:

Post a Comment