Thursday, June 11, 2009

Ensiklopedia Kanak-Kanak Muslim

Inilah ensiklopedia yang anda cari!

Ensiklopedia Kanak-Kanak Muslim (EKM) diterbitkan khusus untuk membantu kanak-kanak mengenali alam dan dirinya sendiri melalui kaedah yang diilhamkan oleh ajaran tauhid.

Buku ini dirancang agar ibu bapa menjadi rakan dan guru pertama bagi kanak-kanak dalam proses tersebut.

Satu set mengandungi 15 jilid dengan pelbagai tema yang mencakupi manusia, kehidupan masyarakat, sejarah, seni, tumbuhan, haiwan, alam semesta, sains dan teknologi. Setiap jilid mengandungi antara 44 hingga 72 halaman.

Kulit keras digunakan supaya lebih tahan lasak. Kandungannya pula dipersembahkan secara bewarna-warni dan menarik menggunakan kertas berkualiti.

Lebih daripada 800 ilustrasi berbentuk lukisan, gambar foto, kartun dan vignette dapat membantu mengasah kecerdasan visual/spatial kanak-kanak.


No comments:

Post a Comment