Thursday, June 11, 2009

Kata Pengantar Ketua Editor EKM

Salah satu masalah besar dalam dunia pendidikan kanak-kanak ialah cara penyampaian ilmu pengetahuan yang sering disajikan secara terpisah-pisah dan tidak menyeluruh.

Kaedah tersebut sangat mempengaruhi pola pemikiran dan tanggapan mereka tentang sesuatu. Akibatnya, kanak-kanak tidak mampu melihat sesuatu permasalahan secara sempurna dalam konteks yang sebenar.

Sebagai jawapan atas permasalahan ini, kami menerbitkan Ensiklopedia Kanak-Kanak Muslim (EKM). Buku rujukan ini menyajikan ilmu pengetahuan secara menyeluruh.

Dalam buku ini, sesuatu tema pengetahuan dikupas dari berbagai-bagai sudut pandangan seperti sains, sejarah, agama dan seni. Cara penyajian tersebut merangsang keterlibatan semua potensi yang ada pada diri kanak-kanak seperti potensi kognitif, emosi dan psikomotor.

EKM menyajikan lebih daripada tiga ratus masukan (entri) yang dirangkum dalam 15 tema besar. Masukan tersebut disusun berdasarkan tema yang sesuai dengan tahap kepentingannya dengan diri kita (manusia), seterusnya kepada tema di luar diri manusia, iaitu alam.

Susunan itu dipilih dengan merujuk kepada paradigma Islam yang menempatkan diri sebagai titik awal, seperti yang diungkapkan oleh seorang ulama, "Siapa yang mengenal dirinya, maka ia mengenal Tuhannya."

Ensiklopedia ini disasarkan untuk menjadi buku yang memuatkan pengetahuan asas (basic knowledge) yang penting bagi kanak-kanak, secara lengkap dan penuh dengan nilai.

Daripada buku EKM, samada kanak-kanak mahupun orang dewasa, boleh mendapat data dan fakta ilmu pengetahuan serta menggali wawasan dan nilai-nilai keislaman secara menyeluruh.

Dengan segala kerendahan hati, kami berharap buku EKM ini dapat memberi sumbangan positif bagi kemajuan umat manusia.

No comments:

Post a Comment